Mengenali Biodata & Latar Belakang Zahirah Macwilson, Muda Lagi Rupanya..

Beberapa hari lalu baru selesai drama ‘Curi-curi Cinta’ yang menampilkan Zahirah Macwilson sebagai pelakon utama di samping kekasih hatinya, Aiman Hakim Ridza.

Pasangan merpati dua sejoli ini juga sudah pun mengikat tali pertunangan pada hari raya baru-baru ini. Jom kita kenali serba sedikit mengenai gadis cantik bak bidadari ini!

Biodata

NAMA PENUH: Nur Zahirah Macwilson Binti Zainol

NAMA PANGGILAN: Zahirah Macwilson

TARIKH LAHIR: 1 Februari 1995

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

UMUR: 24 Tahun

PENDIDIKAN: Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Curtin, Perth, Australia

INSTAGRAM: zahirahmacwilson

Latar Belakang

Model dan pelakon ini memiliki ketinggian 5 kaki 8 inci (1.73 meter). Walaupun Zahirah dilahirkan di Malaysia, namun beliau dibesarkan di Sydney, Australia.

Zahirah juga berketurunan British di sebelah ayah dan Melayu di sebelah ibunya. Beliau juga adalah anak sulung dari empat adik-beradik.

Ayahnya Zainol Johari Macwilson pernah berkhidmat sebagai penyampai berita di TV3.

Kerjaya

Zahirah memulakan kariernya sebagai seorang model pada usianya 12 tahun.

Beliau mula membintangi beberapa buah drama dan telefilem pada tahun 2015. Antaranya ialah Lima Kali Cinta, Husin Peninglah, Dunia Generasi Baru, HidayahMu Ramadan, Mencintaimu, Cik Cinderella dan Encik Tungku dan Tanah Kubur.

Pada 2016, pelbagai filem pendek dan juga drama yang dilakonkannya. Antaranya adalah Saga Berterusan, Demi Cinta Ain, Cucu Tauke Beras dan banyak lagi.

Foto terkini

Bukan sahaja cantik, malah bakatnya juga turut mendapat perhatian ramai dalam industri.

Berikut adalah foto terkini gadis berdarah kacukan ini…

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jutawan Kini

Sumber: Zahirahmacwilson / wikipedia via HCL

Apa kata anda?

Be the first to comment on "Mengenali Biodata & Latar Belakang Zahirah Macwilson, Muda Lagi Rupanya.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*