Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam, memaklumkan bahawa anak lelakinya telah dikejarkan ke sebuah hospital selepas terkena jngkitan kuman pada bahagian kiri paru-parunya sejak semalam.
Menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya, Rebecca memoh0n agar orang ramai dapat mendoakan anaknya kembali sembuh.
Bimbang dengan keadaan anaknya itu, Rebecca memaklumkan yang dia tidak dapat tidur sejak anaknya, Nor Ahmet Al Reagan, dimasukkan ke hospital.
“Assalamualaikum, doakan anak mummy di hospital sekarang, ada jangkitan paru-paru pada belah kiri.
“Oh My Jantung, Allah bersamamu anakku. Mummy tak tidur dari dua pagi. Semoga Allah kuatkan mummy juga.
“Selepas ini kena lari sekejap, ada mesyuarat besar melibatkan ramai orang kerana sudah janji. Insya-Allah, jika diizinkan mummy sampai,” tulisnya di kapsyen.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan pengikut Rebecca mendoakan agar anak lelakinya itu sembuh dengan segera.
Semoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh. – Sumber dipetik dari Xtra, Instagram Rebecca
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Be the first to comment on "Anak Rebecca Nur Al Islam Terkena ‘Jangkitan’ Kuman Pada Paru-Paru"