Awal Ashaari Didakwa Melakukan ‘Khianat’ Mer0sakkan Palang Pagar

Pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini di atas pertud0han melakukan khianat dengan mer0sakkan palang pagar milik pengurusan tanah.

Pengakuan dibuat selepas pertud0han dibacakan terhadap Awal atau nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Di dalam pertud0han tersebut, perbuatan itu dilakukan di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara dengan nilai kerugian dianggarkan RM600 pada 11.30 pagi, 16 April lalu.

Awal didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Kesksaan yang memperuntukkan huk0man penjara tidak kurang daripada setahun atau tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan kerana melakukan ‘khianat’.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Namun begitu, peguam bela, Datuk M Reza Hassan dibantu peguam Hamizah Sobree yang mewakili Awal memoh0n pengurangan jaminan kepada RM3,000 atas alasan anak guamnya mempunyai pendapatan yang tidak konsisten sebagai pengacara, menyara isteri dan dua anak serta menanggung ibu bapanya yang sudah berusia.

Zhafran kemudian membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM2,000 dan menetapkan 15 Julai untuk sebutan semula kes. – Sumber dipetik dari Xtra, Harian Metro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Awal Ashaari Didakwa Melakukan ‘Khianat’ Mer0sakkan Palang Pagar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*