Adik kepada usahawan dan pengacara popular, Neelofa iaitu Ameera Khan sering mendapat perhatian peminatnya apabila personaliti media sosial dan model ini juga popular diruangan Instagram.
Turut popular dengan panggilan, Little Miss Khan (LMK) adik kepada Neelofa ini turut menjadi tumpuan peminat sejak akhir-akhir ini apabila imejnya yang kini kelihatan berbeza mengundang orang ramai mengharapkan dia istiqomah.
Malah baru-baru ini, Ameera Khan yang berusia 20 tahun dipuji warganet apabila tampil manis dengan penampilan berhijab apabila menjadi model jenama mewah.
Terbaharu nampaknya Ameera Khan menjadi bualan bukan sahaja pengikutnya yang sudah mencapai 1.4 juta malah rakan-rakan selebriti dan kakaknya sendiri juga memuji kecantikannya selepas satu rakaman video dia berhijab dimuat naik.
Sehingga kini juga video itu telah diulang tayang lalu mendapat lebih 350 ribu tontonan dalam masa satu hari. Melalui rakaman, Ameera Khan sepertinya menjadi model bagi koleksi tudung-tudung yang dikeluarkan oleh jenama kakaknya, Neelofa.
View this post on Instagram
Posting itu bagaimanapun mengundang ruangan komen Ameera Khan dihujani hampir seribu reaksi apabila orang ramai memuji kecantikan adik kepada selebriti terbabit yang telah mengubah imejnya.
“So pretty”
“Pretty you”
“Cantiknyaa”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: HCL
Be the first to comment on "Adik jadi model tudung Neelofa dapat pujian, “Jeling jgn tak jeling”"