“Jangan buat kenyataan seolah-olah kami b0doh sangat!” – Azmeer S0und Dato Hattan?? –

SUSULAN krit1kan penyanyi terkenal Datuk Hattan terhadap pemilihan 12 lagu ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), Ketua Juri Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35), Azmeer tampil mempertahankan keputusan pihaknya.

Menurut Azmeer atau nama sebenarnya, Mohd Azhar Abu Bakar, kesemua juri yang terlibat mempunyai kepakaran dan pengalaman masing-masing dalam menilai sesebuah karya yang bertanding.

Malah Azmeer turut menolak kritikan ramai yang menvduh semua barisan juri sudah tidak relevan dengan industri muzik terkini apabila mengetepikan lagu-lagu komposer baharu yang dikatakan lebih segar.

“Janganlah orang luar buat kenyataan seolah-olah kami bod0h sangat. Tak s4lah nak bagi komen tapi… bukannya kami tak tahu muzik.

Lagu S4kit nyanyian Yonnyboy dan Zyn4kal g4gal ke AJL35.

“Kami hanya jalankan tugas dan masing-masing, kami ada pengalaman luas dalam bidang muzik. Muzik ini adalah sesuatu yang sangat subjektif dan kami menilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

“Semua barisan juri yang mengadili tidaklah terlalu tua malah semuanya terbuka dan tahu dengan pelbagai genre muzik semasa.

“Saya bagi contoh walaupun tiada r4pper dalam kalangan juri, tapi anda boleh tengok ada tiga lagu rap yang layak masuk ke AJL35. Daripada situ boleh tahu yang kami para juri memang sangat terbuka dengan semua genre dan kalau lagu itu layak, memang akan ada tempat untuk mereka di final,” katanya kepada mStar.

Selain Azmeer, juri profesional yang mengadili SFMM35 terdiri daripada Fauzi Marzuki, Edrie Hashim, AG Coco, Ajai, Helen Yap dan Datuk Mokhzani Ismail.

Tak salah nak bagi komen tapi kami bukannya b0doh, bukannya kami tak tahu muzik.

AZMEER

KETUA JURI SFMM35

Akui tidak dapat memuaskan hati semua pihak, Azmeer bagaimanapun berkata dia tetap menerima semua pandangan secara positif.

Malah dia juga mendedahkan pernah menolak untuk menduduki kerusi pan4s itu, namun pihak stesen TV tetap mahukan khidmatnya atas beberapa sebab.

“Kalau nak tahu sebenarnya saya tak nak jadi ketua juri, tapi TV3 tetap mahukan saya menggalas tanggungjawab itu sebab mereka kata saya tegas daripada segi penjurian.

“Saya hanya buat kerja sahaja, saya pun sama macam orang lain mencari rezeki,” katanya yang kini sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana dalam bidang muzik di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Lagu Semb4h turut terc1cir daripada senarai lagu layak ke AJL35.

Sebelum ini, penyanyi Datuk Hattan meluahkan ketid4kpuasan hati selepas lagu S4kit nyanyian Yonnyboii dan Sembah (Naim Danial) tidak tercalon sebagai finalis AJL35.

Menurut penyanyi tersebut, barisan juri sepatutnya perlu membuka minda untuk menerima sesebuah karya yang lebih baharu dan segar.

AJL35 menyaksikan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Aishah, Semalam (Aina Abdul), Kau Sakiti (Amir Masdi), Hutang (Floor 88), 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Eh (Zizi Kirana) dan Gundah (Ernie Zakri) bakal berentap.

Turut layak ialah lagu Gil4 (Kaka Azraff, Loca B, Noki), Jangan Khi4nati Aku (Azlan & The Typewriter), Belenggu Rindu (Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita), Hati (Hael Husaini) dan Peluang Kedua (Hael Husaini).

AJL35 bakal berlangsung pada 7 Februari depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mStar!