“Hampir Nak Munt4h, Tapi…”- Cef Naem

Pengacara yang juga selebriti masakan, Cef Naem kini bergelar seorang bapa apabila isterinya, Nurul Syazwani Zulkaffli selamat melahirkan bayi sulung mereka semalam.

Menurut Naem atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Ramli, bayi seberat 3.5 kilogram itu selamat bersalin sekitar pukul 4 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Agak lama juga tunggu selepas doktor induce dari pukul 10 pagi sebab dah genap 40 minggu.

“Syukur, semuanya sudah selamat. Nama pun belum ada lagi. Insya-Allah nanti nama saya akan kongsikan selepas tujuh hari,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Kata hos program Dapur Pan4s itu lagi, ia merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna apabila merasai sendiri melihat momen isterinya bersalin.

“Mula-mula tak berani juga sebab saya bukan boleh tengok d4rah, boleh pit4m. Bagaimanapun, saya beranikan diri. Hampir nak munt4h mulanya, tapi berjaya tahan.

“Lepas tengok isteri mener4n, kemudian nampak sikit-sikit kepala bayi keluar tu, memang buat diri rasa insaf. Buat saya rasa lebih menghargai dan sayang isteri selepas ini,” ceritanya.

Sementara itu, Naem menerusi satu hantaran di Instagram miliknya juga turut berkongsi gambar  bersama bayi perempuan tersebut, namun tidak didedahkan lagi wajahnya.

Katanya lagi, isterinya yang juga merupakan seorang pegawai polis itu akan menjalani tempoh berpantang di kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan.

Naem mendirikan rumah tangga dengan Syazwani pada 10 Ogos 2018.

Naem mula mencipta nama apabila menjuarai program realiti masakan, Hero Oven pada 2016.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak