Kami junjung titah sultan tetapi mandat rakyat mesti dikembalikan’

Pakatan Harapan Johor mengambil maklum dan menjunjung yang memberi amaran kepada wakil rakyat di negeri itu.

Bahawa baginda akan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan sekiranya perebutan kuasa berterusan.

Walau bagaimanapun, menurut pemimpin PH, mandat rakyat pada pilihan raya ke-14 mesti dikembalikan.

“PH Johor juga menegaskan komitmen serta keyakinan penuh terhadap amalan demokrasi dan raja berpelembagaan yang menjadi tulang belakang kepada negeri dan negara kita.

“PH Johor akan sentiasa berpegang teguh prinsip ini dalam apa jua keadaan termasuklah dalam mendepani situasi semasa politik yang kita lalui ketika ini.

PH Johor turut konsisten dengan pendirian kami bahawa mandat rakyat – yang telah diterjemahkan menerusi PRU14.

Mestilah dikembalikan mengikut proses serta lunas-lunas perundangan sewajarnya sepertimana termaktub dalam perlembagaan,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan (Amanah), Syed Ibrahim Syed Noh (PKR) dan Liew Chin Tong (DAP).

Sultan Ibrahim, hari ini memberi amaran kepada wakil rakyat di negeri itu bahawa baginda akan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan sekiranya perebutan kuasa berterusan.

Perikatan Nasional (PN) mula berkuasa di Johor pada awal Februari ini setelah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, yang juga Adun Gambir, membawa partinya meninggalkan PH.

Walau bagaimanapun, PN hanya mempunyai 29 kerusi DUN di Johor, berbanding 27 dari PH. Pembelotan seorang sahaja Adun PN cukup untuk menyaksikan DUN Johor tergantung.

Difahamkan, pemimpin Bersatu yang tidak senang dengan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Umno sedang berunding untuk kembali bergabung semula dengan PH.

Sumber:malaysiakini 

Be the first to comment on "Kami junjung titah sultan tetapi mandat rakyat mesti dikembalikan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*