[VIDEO] Selamba Tukar ‘Pampers’ Atas Meja Makan Restoran, Tindakan Pasangan Ini Tarik Perhatian Warganet

Sudah menjadi kebiasaan pada masa kini di mana bayi dipakaikan lampin pakai buang dalam memudahkan proses membersih serta membuang najis. Dalam pada itu, di sebalik kebiasaan memakai lampin buat anak kecil, nampaknya masih terdapat pasangan yang kurang sensitif dengan tempat menukar lampin pakai buang atau pampers ini.

Terbaharu, tuIar di TikTok @xiboba.saltedcaramel apabila merakamkan sebuah pasangan yang dengan selamba menukar pampers anak mereka di atas meja makan restoran yang turut ditonton oleh orang ramai.

Tindakan aneh pasangan ini bukan sahaja membuatkan mereka yang menjamah di restoran berkenaan berasa tidak selesa, malah turut mengejutkan warganet melihatkan pasangan ini yang memilih untuk menukar pampers di tempat menjamah makanan. Berikut merupakan respon warganet mengenai video yang tuIar.

Setakat artikel ditulis, video yang meraih lebih 1 juta tontonan itu telah diturunkan oleh pihak perakam. Walau bagaimanapun, tindakan yang dilakukan tidak seharusnya menjadi contoh khususnya melibatkan tempat khalayak awam menjamu selera.

VIDEO:

Sumber & video dipetik dari The V0cket, TikTok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Selamba Tukar ‘Pampers’ Atas Meja Makan Restoran, Tindakan Pasangan Ini Tarik Perhatian Warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*