[VIDEO] “Padan Muka Ibu Dia Dah MeninggaI,” Diejek Rakan Sekolah, Luahan Talita Buat Ramai Sebak

Tidak dinafikan, pemergian penyanyi berbakat dan juga isteri kepada Shuib Sepahtu iaitu Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin masih tetap dirasai sehingga ke hari ini walaupun sudah hampir 10 bulan pergi meninggalkan kita semua.

Ahli keluarga Allahyarhamah pastinya sangat rindu dengan beliau kerana hubungan mereka sekeluarga sememangnya akrab dan kehilangannya meninggaIkan kesan yang sangat mendalam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebaknya..!’ Raisuddin Terima Kejutan Hari Jadi, lsteri Bawa ‘Kembar’ Arwh Siti Sarah

Terbaru menerusi laman Instagram, anak perempuan Shuib iaitu Talita menarik perhatian ramai apabila luahannya membuatkan ramai sebak.

Apabila ditanya, Dekta menyatakan bahawa dirinya diejek oleh salah seorang rakan, dengan berkata “padan muka ibu dia dah meninggaI”.

Mendengar luahan tersebut, neneknya iaitu Siti Fatimah Suberi lantas menenangkan Dekta, dan menasihati kanak tersebut supaya banyakkan bersabar

Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat C0VID-19.

Allahyarhamah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos tahun lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Ketika artikel ini ditulis, perk0ngsian tersebut telah mendapat lebih 105K tontonan dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata turut sebak mendengar luahan Dekta.

Antara komen warganet:

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Makder (@suciuwais)

– Sumber & video dipetik dari LMP, Instagram Suciuwais

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] “Padan Muka Ibu Dia Dah MeninggaI,” Diejek Rakan Sekolah, Luahan Talita Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*