‘Dia Terlalu Baik..’ Biaya Umrah Sahabat, Kebaikan Adibah Noor Didedahkan

Adibah Noor meninggaI dunia. Begitu, platform laman sosial menjadi trending dan khabar disampai panjangkan dari kiriman WhatsApp ke WhatsApp.

“Betul ke?”, “Adibah Noor meninggaI?”, begitu pertanyaan yang mengejutkan datang bertali arus bukan sahaja dalam kalangan karyawan seni dan media massa, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi penggemar penyanyi, pelakon dan hos yang serba versatil ini.

Akhirnya khabar yang sangat mengejutkan itu menyapa kita semua dengan penuh duka cita.

Adibah Noor Mohamed Omar atau cukup terkenal dalam kalangan peminatnya sebagai watak Kak Yam meninggaI dunia.

Ya bintang yang pernah membuatkan kita tersenyum sendiri dan ketawa besar lewat persembahan lakonannya dalam filem “Gubra” atau “Sepet”, juga “Mukhsin” atau “BuIi Balik” serta guru di siri pelajaran “Oh My English!” ini sudah dijemput Ilahi.

Bekas peserta Gegar Vaganza 2021 itu kembali ke rahmatullah pada usia 51 tahun di Hospital Gleneagles selepas bertar0ng sekian lama dengan pnyakit yang disembunyikannya daripada pengetahuan umum, knser 0vari.

Khabar pulangnya Adibah ke negeri abadi pertama kali disampaikan oleh isteri Dato’ AC Mizal, Datin Emylia sebelum pelaku seni yang sangat akrab dalam perjuangan karier mereka, Afdlin Shauki mengesahkan khabar duka itu kepada rakan media.

Namun bertahun-tahun lamanya, kepada keluarga dan sahabat rapatnya, masih, pemilik dua album iaitu “Terlalu Istimewa” (2005) dan “Teman” (2010) ini mahu pnyakitnya itu kekal menjadi rahsia.

Knser 0vari yang dihidapi pelantun “Terlalu Istimewa” ini sudah kritikaI, di tahap keempat. Malah beliau berada dalam fasa melakukan kim0terapi bagi mengubati pnyakit knser ini.

“Ya, kami sudah lama tahu (beliau menghldap knser) tapi memegang janji,” ujar pengurus Misha Omar, Mimie Omar penuh kesedihan terhadap arwah kepada Gempak.

Duit untuk umrah

Seorang lagi sahabat yang juga penulis lirik lagu Adibah, “Bahasa Rindu”, Opie Sofea, dia mengenang bekas guru bahasa Inggeris yang lahir di Kuala Lumpur ini sebagai figura yang sangat dermawan dan bertimbang rasa.

Menurut Opie, Adibah menjadi penyelamat kepadanya apabila mencukupkan tabungannya mahu ke tanah Suci menunaikan umrah lebih 13 tahun lalu dengan memasukkan duit ke akaun banknya.

“Beliau masukkan duit katanya sebagai bayaran untuk tulis lirik lagu ‘Bahasa Rindu’. Dan duit itu saya gunakan untuk menunaikan umrah,” kenang Opie kepada Gempak.

Kurus

Ironi juga, baru 10 hari lalu beliau mengemas kini akaun Instagramnya dengan sekeping foto yang memperlihatkan perubahan fizikal yang gempaI menjadi kurus.

Kepada semua yang bertanya mengenai kesihatan dan ‘rahsia kurus’, Adibah masih kental dan berjiwa besar memaklumkan: “Makan enam sudu sehari”

Tanpa kita semua ketahui, apakah yang dimaksudkan beliau dengan ‘makan senam sudu sehari’ sebagai kesan sakit kepada pnyakit yang sudah tidak dapat diseIamatkan lagi.

Atau ‘enam sudu sehari’ kerana hanya itu yang mampu ditelan selepas melewati sesi kim0terapi yang amat mnyakitkan diri. Atau beliau memang benar-benar dalam fasa menurunkan berat badan atas apapun alasan yang sebenarnya betapa hebat seorang Adibah Noor masih mahu khalayak melihat beliau dalam keadaan sihat dan baik baik sahaja bersama senyum lebar dan keramahannya.

Misha Omar menangis 

Misha Omar yang merupakan rakan seperjuangan dan sangat akrab dengan arwah termasuk Deejay ERA dan penyanyi Dina serta penyanyi senior Salamiah Hassan, hanya mampu menahan sedih di dada.

“Di awal kim0, beliau sudah tidak lalu makan,” begitu ungkap Misha dalam tangisan. Di hujung hyatnya, Adibah Noor masih berusaha membuat orang lain bahagia dan memberi semangat kepada dirinya, ‘aku baik baik sahaja’. Meski berusaha, sebagai manusia, kita semua adalah milik yang Esa.

Seperti janjiNya, diambil kembali kita dalam keadaan yang diinginkanNya.

Begitulah akhir perjalanan hidup seorang Adibah Noor. Canda, tawa, keceriaan dan keramahannya menyapa sesiapa yang ditemui sama ada secara spontan atau lewat temujanji, semuanya usai sudah.

Ia hanya tinggal kenangan yang harum buat semua yang pernah mengenali jiwa bersih dan keperibadian ceria seorang wanita hebat seperti beliau.

Buat industri hiburan tempatan, bertuahlah kerana pernah mempunyai permata yang sangat berharga seperti Adibah Noor sekaligus menjadi tanda aras dalam dunia glamor, rupa paras bukan segalanya, tetapi sikap membumi, bakat dan kepintaran akan selalu membuat seseorang itu ‘hidup’ biar telah pergi meninggaIkan kita semua.

Semoga segala kebaikan dan amal yang ditinggalkan berbau harum buat kita semua. Dan salam takziah buat seluruh keluarga arwah Adibah Noor. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, Gempak

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Dia Terlalu Baik..’ Biaya Umrah Sahabat, Kebaikan Adibah Noor Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*