Aeril Zafrel Bergurau Tolak Isteri Jatuh Bot, Warganet Dakwa Tak Sensitif & Persendakan ‘Kematian’ Tangmo Nida

Sebelum ini, apa sahaja yang dimuat naik oleh pelakon terkenal Aeril Zafrel menerusi ruangan TikTok miliknya pasti menjadi tumpuan dan topik hangat dalam kalangan warganet malah, ada yang menggeIarnya sebagai ‘President TikTok’.

Ia susulan, Aeril sering mengikuti perkembangan semasa dengan memuat naik video-video mencuit hati yang berlaku menerusi platform tersebut.

Namun, lain pula ceritanya kali ini apabila, Aeril bertindak memuat naik sebuah video yang seakan-akan mempersendakan kisah tragis kmatian aktres Thailand, Tangmo Nida.

Susulan tindakannya itu, pelakon drama rantaian Cari Aku Di Syurga ini menerima pelbagai kritikan dan ‘kecaman’ yang teruk daripada warganet.

Malah, ada yang menggeIarnya biadap dan lawak yang cuba sampaikannya itu ‘gagal’.

Terbaharu, Aeril dilihat telah memadam video berkenaan daripada akaun TikTok mililknya dan membuat permoh0nan maaf secara terbuka menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya.

“Okay saya minta maaf. Dah padam (delete),” tulis pelakon itu pada ciapan yang mngecam dirinya.

Dalam pada itu, Aeril turut menghantar mesej peribadi kepada seorang warganet dan memberitahu bahawa dia sudah memadam video berkenaan. – Sumber dipetik dari Xtra, TikTok, Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Aeril Zafrel Bergurau Tolak Isteri Jatuh Bot, Warganet Dakwa Tak Sensitif & Persendakan ‘Kematian’ Tangmo Nida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*