[VIDEO] ‘Sebaknya..!’ Raisuddin Terima Kejutan Hari Jadi, lsteri Bawa ‘Kembar’ Arwh Siti Sarah

Penyanyi dan pelakon era 80-an, Raisuddin Hamzah menerima kejutan istimewa daripada isterinya Siti Fatimah Suberi sempena ulang tahun kelahirannya yang disambut baru-baru ini.

Kejutan tersebut adalah kehadiran seorang wanita persis wajah anaknya, Allahyarhamah Siti Sarah yang menghmbuskan nsfas terakhir akibat C0VID-19 pada Ogos tahun lalu.

Menerusi satu perk0ngsian video di laman Instagram, Siti Fatimah atau mesra dipanggil Makder berkata, suaminya sudah lama berhasrat untuk bertemu selepas wanita bernama Emy itu tuIar di media sosial.

“Masa mula2 orang kata muka dia sama dengan arwh, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing2 sibuk,” tulisnya.

Justeru sempena hari lahir ke-66, dia berjaya menunaikan hasrat Raisuddin dengan menjemput wanita berkenaan ke rumah bagi meraikan bersama ahli keluarganya termasuk anak-anak Allahyarhamah.

“Sempena hari lahir kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama2 dengan kami semua. Terima kasih pada family dan rakan2 yang hadir untuk meraikan hari lahir abah (suami).

“Terima kasih jugak untuk Emy dan keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” ujarnya yang meneruskan legasi perniagaan Allahyarhamah.

Video berdurasi hampir dua minit itu memaparkan reaksi terkejut Raisuddin apabila melihat ‘kembar’ arwh anaknya yang membawa sebiji kek selain momen berbual mesra antara kedua-dua beIah pihak.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak terutama ketika melihat wajah anak-anak Allahyarhamah dengan menyifatkan kehadiran Emy dapat menjadi pengubat rindu mereka dan orang ramai.

Menangis tengok!

Anak arwh tenung lama…

Allahyarhamah Siti Sarah yang ketika itu sarat hamiI tujuh bulan terpksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi melahirkan bayi keempatnya.

Namun, arwh pergi meninggaIkan suami yang juga pelawak Shuib Sepahtu dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, serta Ayash Affan yang kini berusia sembilan bulan.

VIDEO 1:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Makder (@suciuwais)

VIDEO 2:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Sumber & video dipetik dari DB, OMM, Instagram Makder

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Sebaknya..!’ Raisuddin Terima Kejutan Hari Jadi, lsteri Bawa ‘Kembar’ Arwh Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*