[VIDEO] Pakcik Shell Tampil Jelaskan Isu Pekerjanya Tertidur Sewaktu Bertugas Shift Malam

Baru-baru ini tuIar sebuah video di mana seorang pekerja di sebuah stesen minyak tertidur semasa bertugas ‘shift malam’ pada pukul 3.50 pagi dan menyebabkan ramai pelanggan yang perlu menunggu.

Susulan perkara itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai pakcik shell tampil menjelaskan perkara tersebut menerusi satu hantaran Instagram. Beliau menzahirkan ucapan maaf kepada mereka yang terpaksa menunggu gara-gara salah seorang pekerjanya tertidur.

Menurut Pak Cik Shell, pekerja itu dipercayai keletihan selepas membantu ibunya meniaga di pasar pada awal pagi. Ekoran video yang tuIar itu, pekerja itu telah dihantar untuk buat pemeriksaan kesihatan dan majikannya telah memberikan cuti seketika untuk dia berehat.

“Tular video Fadzli tertidur pada 3:50 pagi. Saya moh0n maaf kepada pelanggan yang terpaksa menunggu tetapi saya tak marah kerana adik Fadzli anak yang baik. Pagi2 dia tolong mak berniaga di pasar. Itulah hakikat kehidupan yang kita tak nampak.”

“Beliau dihantar untuk pemeriksaan kesihatan dan bos bagi cuti untuk rehat jap..go Fadzli! we are run by hard working Malaysians, for Malaysians” ujar Pakcik Shell.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan bahawa Pakcik Shell dan majikan atasan seperti mereka lah yang diperlukan kerana prihatin dan memahami orang lain.

Dalam masa yang sama, para warganet juga beranggapan bahawa perkara seperti ini tidak perlu dituIarkan kerana pelanggan boleh menggunakan card untuk membuat pembayaran.

Namun ada juga segelintir warganet menyangka mungkin mereka sedaya upaya mengejutkan pekerja tersebut kerana risau pengsan.

“Majikan dan atasan macam pakcik n team ni yang kita perlukan!!!”

“Tq boss, jarang boleh dapat boss boleh toleransi logik akal macamni..”

“Mesti yang kejut tu risau dia pengsan”

“Mungkin dia terlampau letih..”

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Sumber & video dipetik dari YN, Instagram Pakcikshell

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Pakcik Shell Tampil Jelaskan Isu Pekerjanya Tertidur Sewaktu Bertugas Shift Malam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*