TuIar Gambar MPAJ Rob0hkan Struktur Binaan Tambahan Pada Rumah Flat

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terpaksa mengambil tindakan keras dengan merob0h struktur tambahan rumah yang dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan. Dalam satu gambar yang tuIar di media sosial, perob0han itu berlaku di salah sebuah flat yang berada di bawah bidang kuasa MPAJ.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MPAJ, ia berkata bahawa kediaman berstrata seperti flat, apartmen dan kondominium terikat dengan Akta 757 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja.

“Sayang apabila rumah yang ditambah sebenarnya tidak dibenarkan mengikut Akta 133 dan Akta 757. Kesannya, MPAJ terpaksa memainkan peranan sebagai PBT untuk merob0hkan struktur tambahan haram yang nyata menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlak pemilik tapi adalah dik0ngsi secara bersama,” katanya.

Selain itu, struktur tambahan haram yang dibina di rumah yang terikat dengan Akta 757 juga bakal mengnggu kerja-kerja menyelamat oleh pihak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang maIapetaka seperti kebakaran dan sebagainya.

“Tindakan penguatkuasaan di Blok 4, Flat UTM, AU3/1 atas kesalahan membina struktur tambahan tanpa kebenaran MPAJ telah dilaksanakan pada 25 Mei 2022.

“Tindakan bersepadu ini melibatkan Jabatan Bangunan & Senibina serta Jabatan Penguatkuasa MPAJ.

“Tindakan notis dan roboh serta-merta dilaksanakan berdasarkan Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) berikutan tambahan struktur baharu di bahagian tepi dan belakang yang tidak dibenarkan bagi bangunan kediaman bertingkat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi MPAJ.

Sumber dipetik dari The V0cket, Facebook MPAJ

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "TuIar Gambar MPAJ Rob0hkan Struktur Binaan Tambahan Pada Rumah Flat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*