“Selama Ini Saya Sembunyikan Melalui TampaIan..” Ustaz Kazim Jelas Perkara Sebenar

TuIar mengenai keadaan kesihatannya sejak semalam, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias atau lebih mesra dipanggil Ustaz Kazim Elias (UKE) mengucapkan terima kasih kepada warganet yang menawarkan bantuan dan mendoakannya.

Menerusi perk0ngsian terbaru di Facebook miliknya, UKE berkata selama ini beliau telah merahsiakan keadaan dirinya daripada pengetahuan khalayak umum tetapi memutuskan untuk tidak menyembunyikannya lagi.

“Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan ini, saya rasa saya tidak boleh lagi sembunyi dari orang ramai,” katanya.

Selama ini disembunyikan melalui tampalan. Beliau juga telah memaparkan keadaan wajahnya yang selama ini dipercayai disembunyikan melalui tampalan.

“Ini keadaan muka saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul di khalayak.

“Bukan hanya di muka malah seluruh badan. Ianya boleh terjadi Iuka dengan sendiri sehingga mengeluarkan drah tanpa semena-mena.

“Saya tidak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu, saya rasa rendah diri sangat-sangat.

“Sebab itu saya siarkan lengan petang tadi sebagai kiasan pada badan saya,” ujarnya.

Menurutnya lagi, disebabkan keadaannya itu beliau memerIukan pertoIongan sama ada daripada doktor atau perubatan alternatif yang boleh membantu merawatnya.

Selama mnghidap sakit itu, beliau juga tidak dapat tidur dengan lena sejak berbulan yang lalu dan sering merasa gatal, pedih dan gelisah.

“Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tidak boleh lagi saya s0rok.

“Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yang lepas.

“Saya bimbang dengan keadaan saya ini akan menghilangkan saya dari dunia dakwah,” katanya.

Jelasnya, beliau masih lagi menerima semua jemputan ceramah dan program walaupun berada dalam keadaan sakit.

Malah, beliau kadang kala keluar dari tempat ceramah dengan tergesa-gesa kerana tidak dapat menahan ‘kepedihan dan kesakitan’ yang ditanggung.

“Walau kadang-kadang dilabel s0mbong kerana tidak beramah mesra dengan pendengar seperti dulu-dulu tetapi tetap saya tabahkan hati sebab saya tahu orang ramai tidak tahu keadaan sebenar saya.

“Terima kasih pada yang menawarkan bantuan dan nasihat kesihatan kepada saya. Saya dah berusaha berubat di banyak tempat tapi belum diberi keizinan oleh Allah.

Siarkan gambar sebagai kiasan.

“Mungkin ada dalam kalangan tuan atau puan yang boleh membantu saya maka dengan itu saya siarkan gambar lengan kesan khas sebagai kiasan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, UKE juga mem0hon maaf jika selama ini perkataan dan tingkah lakunya mengguris hati orang ramai.

Terdahulu, beliau telah memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan keadaan lengannya dan memoh0n pertoIongan dari orang ramai yang boleh membantunya.

Gambar tersebut telah menjadi tuIar di media sosial. Rata-rata warganet berasa kasihan dan mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan atas pnyakit yang dialaminya itu. – Sumber dipetik dari Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias, SK

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "“Selama Ini Saya Sembunyikan Melalui TampaIan..” Ustaz Kazim Jelas Perkara Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*