‘Hasrat Buat Rawatan Susulan Tak Kesampaian..’ Seniman Dr Wan Zawawi MeninggaI Dunia

Ahli akademik, seniman dan aktivis sosial, Dr Wan Zawawi Wan Ibrahim meninggaI dunia sekitar jam 6.47 pagi ini selepas mendapat ‘serangan jantung’.

Isteri Allahyrham, Noorshah Mohd Salleh berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir di rumah mereka di Seksyen 11, Petaling Jaya semasa sedang bersiap untuk menunaikan solat Subuh.

Allahyrham berusia 75 tahun. Noorshah berkata, pemergian suaminya secara tiba-tiba memang tidak disangka kerana baru semalam mereka berdua berbual-bual dan bercerita mengenai hasrat Allahyrham untuk meneruskan rawatan susulan ‘sakit jantung’.

“Baru semalam kami menonton televisyen bersama dan kami berbincang untuk membawa arwh menjalani rawatan susulan jantung. Namun, saya redha dan percaya bahawa ajaI arwh sudah sampai,” kata Noorshah kepada Astro Awani ketika dihubungi.

Menurut Noorshah, jnazah Allahyrham suaminya akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini untuk dimandi dan dikafankan.

Jnazah Allahyrham Wan Zawawi dijangka dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkburan Islam Bukit Kiara.

Salam takziah buat keluarga semoga tabah atas kehilangan insan tersayang. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, Awani

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Hasrat Buat Rawatan Susulan Tak Kesampaian..’ Seniman Dr Wan Zawawi MeninggaI Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*