‘M0hon Doakan Keadaannya 50-50 Sekarang..’ Penyanyi Ali XPDC Ditidurkan

Penyanyi, Ali XPDC, 53, yang dimasukkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu terpksa ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas.

Isterinya, Sharifah Syarzana dalam satu kiriman suara kepada rakannya mem0hon semua peminat terutama rakan-rakan suaminya melakukan solat hajat dan bacaan Yassin untuk kesejahteraan Ali.

“Keadaannya 50 /50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di hospital,” katanya.

Sementara itu, Facebook Sahabat XPDC turut memuat naik status terkini Ali kepada peminat mereka.

“Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 malam hari ini. Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.

“Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah. Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah ‘tidurkan’ sementara buat masa ini. Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi di ditidurkan dan dipantau,” tulisnya.

Mereka turut memaklumkan Ali tidak dijngkiti C0VID-19, cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan C0VID-19.

“Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat. Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat untuk kesihatan Mohd Ali Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu,” katanya.

Terdahulu, Ali dikejarkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu apabila tiba-tiba didapati tidak bermaya ketika mahu makan selepas selesai berlatih di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah.

Mereka berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini. –

Sama-sama kita doakan semoga dipermudahkan urusan beliau dan cepat sembuh. Sumber dipetik dari DB, HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘M0hon Doakan Keadaannya 50-50 Sekarang..’ Penyanyi Ali XPDC Ditidurkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*