Dikata terbabit sind1ket pelacvran kelas atasan, Akhirnya Scha Elinnea buat laporan polis

Kuala Lumpur: Pelakon Scha Elinnea membuat laporan di Balai Polis Kuantan, Pahang ekoran dakw4an mengaitkan dirinya terbabit dalam sind1ket pelacvran kelas atasan yang dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam.

Laporan yang dibuat semalam itu susulan laporan sebuah blog yang menggunakan paparan skrin profil muka depan akaun Instagram dirinya sebagai gambar hiasan berhubung berita berkaitan isu skand4l s3ks kelas atasan itu.

Walaupun artikel itu tidak menyebut nama dan foto dikaburkan, Scha berkata, ada segelintir netizen yang mengaitkan dirinya.

“Laporan itu antara lain berkaitan dengan artikel yang tiada kena-mengena dan menggunakan foto saya sehingga boleh menimbulkan fitn4h. Saya berasa malu hingga takut untuk ke lokasi penggambaran selepas tiba-tiba netizen hantar mesej dan serang saya dengan pelbagai cac1an. 

“Ada yang cakap, inikah pel4cur yang dimaksudkan hingga boleh bercuti sana-sini? Ia tidak benar sama sekali dan telahan mereka mengguris perasaan serta mencalarkan marvah, pihak pengurusan dan keluarga. Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara ini sehinggalah menerima teks serta tangkap layar artikel berkenaan. Saya terkejut dan laporan polis dibuat demi menjaga nama baik,” katanya. 

Ditanya sama ada imej s3ksi yang dibawa antara punca namanya terpalit dengan dakw4an itu, Scha menegaskan, itu hanyalah penampilan. 

LAPORAN polis yang dibuat Scha, semalam.
LAPORAN polis yang dibuat Scha, semalam.

“Mungkin ada yang beranggapan sedemikian, tapi tidak semestinya imej yang dib4wa seseorang itu boleh dikaitkan dengan kegiatan yang tidak bermoral.Namun, saya bersyukur kerana ada juga peminat yang mengikuti saya sejak dulu tahu saya tidak terbabit dengan aktiviti sebegitu. Mereka sedar sejak sekian lama lagi saya memang gigih mencari duit, berlakon sana-sini demi nak bina nama dan kumpul aset. 

“Jadi, tidak adil kalau nak kaitkan imej seksi dengan hal yang tak senonoh memandangkan setakat ini, hubungan dengan produksi drama pun baik-baik sahaja. Mereka tidak menghakimi imej serta penampilan saya,” katanya.

Scha berharap laporan yang dibuat dapat membersihkan namanya daripada segala fitn4h yang dilemparkan.

“Harap selepas ini, tiada lagi pihak atau netizen yang membuat telahan sendiri yang boleh timbulkan fitn4h. Jangan senang-senang buat spekulasi sendiri hingga boleh jejaskan nama individu lain. Ia membabitkan marvah dan saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan lebih tegas selepas ini jika hal sama masih jadi lagi. Tiada maaf bagimu,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM