“Bukannya Dia Pakai S3ksi Tu Dia Nak Pergi Mel4curr”- Scha Elinnea

Pelakon Scha Elinnea mengakui tindakan netizen yang cuba mengaitkan dirinya sebagai artis yang didakwa terpalit dengan aktiviti pelacvran kelas atasan memberi kesan kepada emosinya.

Menurut Scha atau nama sebenarnya, Natasha Mohamed Mubeen, 21,  kontr0versi tersebut turut mendapat perhatian daripada ahli keluarganya yang bimbang dengan keadaannya.

“Keluarga mesti akan telefon tanya. Cuma secara peribadi mereka kenal saya macam mana dari kecil. Mereka tahu saya tak akan buat perkara sedemikian (pel4curan).

“Mereka tanya sama ada saya okay ke tak, mental break down ke tak sebab hal-hal begini. 

“Cumanya, apa yang boleh kata, emosi saya memang terganggu juga sebab tengah bekerja tiba-tiba kena macam ni. Nak pergi set penggambaran pun saya sendiri yang rasa seganlah,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak semalam.

Terdahulu, Scha membuat laporan polis ekoran dakw4an pihak tertentu yang cuba mengaitkan dirinya sebagai selebriti yang terkait isu aktiviti pelacvran kelas atasan yang turut berkait rapat dengan isu Mac4u Sc4m.

Jelas Scha, dia juga bimbang sekiranya, isu neg4tif sebegini memberi impak kepada tawaran lakonan daripada pihak produksi.

Begitupun, dengan apa yang berlaku, kata Scha selepas ini, dia akan lebih berhati-hati sebelum berkongsi sebarang gambar di media sosial miliknya.

“Saya rasa sebab memang dikaitkan dengan isu s3ksi. S3ksi itu tak ada kaitan pun dengan benda itu sebab s3ksi itu pemakaian, personaliti seseorang. Bukannya dia pakai s3ksi tu dia pergi mel4cur, bukan macam itu.

“Lepas ini kena lebih berhati-hati posting di Instagram, bab pemakaian. Ini kerana kita tak boleh nak tutup mulut orang, jadi kita sendirilah yang kena kawal benda itu,” kata pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek.

Semalam, syarikat pengurusannya, Absolute Management turut menafikan dakwaan artis naungannya terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan melaporkan bahawa terdapat aktiviti pel4curan dalam kalangan artis.

Hal tersebut terbongkar susulan si4satan yang dijalankan SPRM berhubung Mac4u Sc4m yang turut mengaitkan beberapa selebriti tanah air.

Kredit foto: Instagram Scha Elinnea

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak