Samantha Katie Bergaduh Sampai Baling Gelas!

Ketika nama bekas Miss Universe  Malaysia 2017 hangat diperkatakan di media sosial,malam tadi namanya sekali lagi tular selepas sebuah rakaman video pergaduhan telah pun tersebar.

Baling Gelas Sehingga Pecah

Dalam video tersebut, kelihatan Samantha bergaduh dengan seorang individu dipercayai bukan warga tempatan di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Lebih memburukkan keadaan, Samantha bukan sahaja mengeluarkan kata-kata kesat malah turut mencampak beberapa buah gelas kaca terhadap individu tersebut sehingga pecah.

Ini adalah sebabnya anda masih berada di bawah! Maaf sayang, awak sama sekali tidak akan berada di atas. Malaysia jauh lagi bagus dari negara ini”“Awak yang patut diam, sila diam!”“Saya tak peduli siapa awak”

Berdasarkan komen dan perkongsian yang dimuatnaik, ada yang mendakwa bekas ratu cantik ini berada di bawah pengaruh alkohol ketika insiden tersebut sedang berlaku.

Malah menerusi sebuah lagi video yang dikongsi, difahamkan insiden pergaduhan tersebut telah berlaku di Afrika Selatan pada tahun 2017.

Tahun dan lokasi yang sama ketika Samantha mewakili Malaysia bagi pertandingan Miss Universe 2017.

Embedded videoMenerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa malu terhadap sikap Samantha apatah lagi sebagai seorang ratu cantik dia tidak seharusnya bersikap sedemikian.

Malah ada diantaranya juga enggan mengaku Samantha sebagai rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Samantha telah memuatnaik posting terbaharu yang mana dia ingin memohon maaf dan akui akan kesilapannya.

Dalam memuatnaik kenyataan berbaur perkauman sebelum ini.Biarpun begitu, posting berkenaan telah dinyahaktifkan ruangan komen.

Sumber:murai

Be the first to comment on "Samantha Katie Bergaduh Sampai Baling Gelas!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*