Hasil Mesyuarat Hari Ini, PH umum keputusan rampas Putrajaya

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad berjalan keluar selepas hadir ke Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya,

PETALING JAYA – Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan keputusan mengenai usaha mengambil alih kerajaan kini yang diterajui Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh seminggu ini.

Menurut kenyataan bersama kelima-lima pemimpin parti komponen PH, perbincangan mengenainya hari ini berjalan lancar tanpa sebarang perbalahan dan perbezaan pendapat.

“Mesyuarat hari ini telah menyaksikan perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti dan menampakkan kemajuan yang amat positif.

“Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini,” katanya kenyataan bersama hari ini.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke ibu pejabat PKR di Merchant Square, di sini bagi mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 3 petang tadi.

Antara yang hadir ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Mesyuarat yang berlangsung kira-kira tiga jam itu bagaimanapun belum mempunyai sebarang kata putus, bahkan Mahathir bersikap berdiam diri apabila ditanya pemberita ketika beredar pada jam 6.20 petang tadi.

Spekulasi PH cuba merampas Kerajaan Persekutuan bertiup kencang sejak beberapa minggu ini, khususnya dari segi jumlah sokongan Ahli Parlimen didakwa mengatasi Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, tersebar gambar pertemuan pemimpin Amanah, DAP dan Warisan bersama Mahathir namun tidak disertai oleh mana-mana pemimpin PKR.

Sumber : MalayslaGazette

Genap 100 hari Pentadbiran Tok Abah Malaysia

“KERAJAAN ini mungkin bukan kerajaan yang anda pilih tetapi saya mahu anda semua tahu bahawa kerajaan ini mengambil berat tentang anda. Saya minta sokongan anda, marilah kita bekerjasama berganding bahu menghadapi krisis ini bersama-sama.”

Demikian dua potong ayat yang dilontarkan Perdana Menteri kelapan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara langsung pada 27 Mac lalu ketika 10 hari …

Mengharungi situasi sukar selepas 2 minggu memegang jawatan Perdana Menteri bukanlah satu tugas yang mudah. Namun, usaha dan juga pelbagai inisiatif yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membantu rakyat menghadapi pendemik Covid-19 amatlah dihargai.

Bukti kemampuan sebagai PM selepas 2 minggu

Menerusi Berita Harian, memetik daripada ulasan pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, Hazrul Shahiri, Muhyiddin bukan sahaja mengubah isu Covid-19 untuk menjadi peluang membuktikan kemampuannya sebagai Perdana Menteri, malah berusaha memulihkan ekonomi negara dan menstrukturkan semula kitaran ekonomi.

“Tindakan pertama yang dilakukan dalam menghadapi cabaran itu ialah melantik pakar ekonomi untuk mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang berperanan merangka dasar fiskal jangka pendek dan panjang bagi menangani krisis kemelesetan ekonomi.”

Hadapi krisis ekonomi yang lebih bvruk

Selain daripada itu, Hazrul memaklumkan bahawa kemuncak kepada krisis ekonomi yang berlaku adalah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 apabila turut menjejaskan pelbagai sektor.

“Pelaksanaan PKP adalah ancaman ekonomi paling besar dihadapi oleh pentadbiran kerajaan yang diketuai oleh Muhyiddin dan tidak pernah dihadapi oleh semua perdana menteri terdahulu.

“Krisis ekonomi yang disebabkan oleh Covid-19 adalah jauh lebih besar daripada krisis kewangan 1998 dan kemelesetan ekonomi di era 1980-an.”

“Tun M ajak jatuhkan Muhyiddin” – Pak Wan

Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memberitahu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah diberitahu hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seorang ahli MPT yang enggan dinamakan memberitahu, bagaimanapun, Mohd Redzuan yang sinonim dengan panggilan Pak Wan telah memberitahu bekas Perdana Menteri itu, bahawa beliau enggan untuk turut serta.

Mohd Redzuan, yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah juga dikatakan memberi jaminan sewaktu mesyuarat MPT semalam bahawa beliau akan berdiri teguh menyokong Muhyiddin selaku pemimpin Bersatu serta Perdana Menteri.

“Pak Wan beritahu kami bahawa beliau memang ada berjumpa dengan Tun. Dan Tun memberitahu beliau bahawa mereka harus jatuhkan Muhyiddin dengan apa jua cara sekali pun.

“Namun Pak Wan menjawab beliau tidak boleh ikut (gerakan menjatuhkan Muhyiddin), kerana ia adalah sesuatu yang sangat peribadi,” kata ahli MPT itu.

PRIHATIN diumum selepas 10 hari PKP

Pelbagai inisiatif penting diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri ke-8 sejak 1 Mac bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat malahan turut kepada semua sektor yang ada di Malaysia.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Malaysia (PRIHATIN) bernilai RM250 Bilion yang diumumkan selepas 10 hari PKP telah menunjukkan komitmen dan keprihatinan kerajaan yang dipimpin beliau dalam memulihkan ekonomi negara.

Sumber:malaysiakini 

Be the first to comment on "Hasil Mesyuarat Hari Ini, PH umum keputusan rampas Putrajaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*