( video)Tahun Ni, Pertama Kali Faiz Dapat Rasai Takbir Raya.Sebaknya!

Siapa setuju, perkara yang paling syahdu di pagi raya adalah bila dengar takbir raya. Kita yang dapat mendengar dan sama-sama melaungkan takbir raya ni memang bertuah. Tapi, ada orang yang tak dapat merasai dan menghayati alunan takbir yang berkumandang ni.
Samalah macam apa yang Faiz rasakan saban tahun. Korang nak tahu kisah raya Faiz? Meh kami ceritakan..

 

Tapi raya tahun ini istimewa sikit untuk Faiz apabila…
Faiz ni adalah kanak-kanak yang dilahirkan dengan kelainan pendengaran. Walaupun tak pernah mendengar azan, khutbah dan takbir raya, tapi setiap tahun dia memang tak pernah miss ikut ayahnya pergi ke masjid untuk solat sunat Hari Raya dan bertakbir.
Kalau sebelum ni Faiz hanya ikut je apa yang orang buat bila di masjid, tapi tahun ni, raya Faiz lain sikit dan extra special. Korang nak tahu tak kenapa? Haa..jom tengok dulu video ni..

Sebak, tapi dalam masa yang sama, seronok bila tengok Faiz boleh sama-sama mengalunkan takbir raya dan berkongsi perasaan yang sama dengan orang sekelilingnya.

Raya lebih indah, syahdu dan bermakna bila dapat dirasai..

Be the first to comment on "( video)Tahun Ni, Pertama Kali Faiz Dapat Rasai Takbir Raya.Sebaknya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*